Selasa, 31 Mac 2009

Menjatuhkan martabat ilmu

Salam Pembaca,

Pada kali ini saya ingin mengupas sedikit isi khutbah yang dibacakan di Masjid Sultan Ismail, UTM. Saya mendapat ulasan khutbah ini pun daripada kawan saya yang mendengarnya dengan khusysuk kerana saya telah tertidur kerana terlalu mengantuk. Rasa menyesal pun ada juga bila tidak mendengar kerana tidak mendapat pahala khutbah.

Namun setelah selesai, kawan2 saya telah memberikan sedikit ulasan daripada khutbah tersebut. Isu yang dikeluarkan dari khutbah tersebut adalah mengenai Majlis Konvokesyen ke- 49 yang berlangsung di UTM. Isu yang pembaca khutbah kaitkan adalah acara2 yang berlangsung pada majlis konvokesyen kerana masih ada acara-acara yang berlangsung mempunyai unsur-unsur yang tidak sesuai kerana bagi beliau UTM adalah satu badan yang memartabatkan ilmu dan mengangkat ilmu ke tempat yang lebih tinggi. Namun apa yang berlaku adalah satu pesta yang memanggil artis-artis luar dengan membuat konsert dan acara yang boleh menggalakkan maksiat di dalam institusi pengajian tinggi awam.

Beliau juga menyelar tentang rancangan2 realiti TV seperti Akademi Fantasia yang telah mencemarkan konsep Konvokesyen bagi setiap para graduan yang dilahirkan di IPTA dan IPTS. Apa yang saya hendak kupaskan adalah isu ini, kerana jika kita lihat di televisyen realiti TV seperti Akademi Fantasia adalah satu realiti TV yang melahirkan bintang mee segera seperti mana yang kita tahu. Setelah 12 minggu berada di akademi, pemenang akan menerima majlis konvokesyen tanda tamatnya belajar di akademi. Bagi saya ini adalah menghina graduan2 dari IPTA dan IPTS kerana mereka sebenarnya tidak layak mendapat gelaran itu.

Saya sebagai seorang graduan telah menghabiskan masa, duit yang berpuluh-puluh ribu dan pelbagai benda yang perlu dikorbankan bagi mendapat segulung ijazah untuk masa depan. Namun setelah selesai belajar terpaksa pula menanggung hutang belajar yang berpuluh-puluh ribu dan kadang kala tidak diiktiraf langsung oleh masyarakat. Namun apa yang terjadi sekarang pula terbalik dimana kita lihat artis disanjung bagaikan ilmuwan-ilmuwan dan kadangkala bagaikan pemimpin.

Kenapa saya katakan Akademi Fantasia menghina Majlis Konvokesyen bagi graduan, ini kerana mereka telah mengangkat martabat artis dengan menghadiahkan segulung sijil yang bagi saya telah membawa kehancuran kepada orang Islam dan menghabiskan duit orang yang mengundi mereka. Mereka selepas tamat dari akademi tidak perlu membayar semula duit belajar, makan minum dan duit top up orang mengundi mereka tetapi mereka disanjung hingga boleh menjadi kaya dengan membuat persembahan di sana-sini. Apakah perkara begini yang kita sanjung, dimana orang yang berilmu dipinggirkan manakala orang yang mebawa kemusnahan akhlak umat Islam diangkat setinggi-tingginya. Bagaimana pula pemimpin kita yang ada sekarang yang kononya mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia? Jadi anda fikirkanlah kesannya terhadap umat Islam.

Sekian

P/S: Tahniah saya ucapkan kepada kawan-kawan yang meraikan Majlis Konvokesyen ke 49 pada kali ini. Semoga mendapat pekerjaan yang baik dan berjaya dunia dan akhirat.

1 ulasan:

Didi Nadhirah berkata...

ak sokong bob...sebenarnya dh lama ak sedar pasal ni...kalo org2 yang mengundi diorg ni apa diorg dapat...abok pun tarak....yg kaya sape diorg gak....tp yg tak adil tu la siap pakai jubah graduation lg tu...