Jumaat, 20 Mac 2009

Alahai UMNO

Salam Pembaca,

Bila berada di hujung bulan Mac ini, sedang sibuk menghitung hari untuk gaji terdapat pula cerita mengenai pilihanraya UMNO yang semakin dekat dan pilihanraya DUN di tiga buah tempat di Kedah dan Perak di Malaysiakini.com. Pelbagai isu yang timbul apabila hendak berlakunya peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Pak Najib. Bagi saya perkara ini satu perkara yang biasa bagi orang2 politik di Malaysia dan ini berlaku apabila orang2 tertentu adalah orang yang gila pangkat dan harta.

Berita terbaru pula adalah mengenai beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO yang terlibat di dalam rasuah politik bagi memenangi pilihanraya UMNO. Sepertimana yang kita tahu, Pak Ali Rustam dan kroni2nya telah tertangkap dan dihukum tidak boleh bertanding. Kepada KJ pula diberi amaran terhadap isu ini. Bagi saya, perkara ini tidaklah menghairankan jika ia berlaku kepada pemimpin kita. Persoalan saya dari mana mereka ini dapat duit sehingga boleh melobi pengundi2 bagi pilihanraya UMNO ini? Jadi kesimpulan saya tidak hairanlah jika banyak rasuah yang diterima untuk setiap projek kerajaan jika dia dapat melobi pengundi untuk pilihanraya. Bagi saya pandai buat pandai tanggung.

Saya telah membaca satu artikel dari saudara Irwan di Harakah daily, beliau menulis dan mengatakan bahawa ini semua adalah gimik dan hendak menunjukkan bahawa UMNO ini penentang rasuah dan menarik balik hati rakyat. Pak Ali, Norza, Azalina dan KJ adalah kambing hitam bagi pilihanraya pada kali ini, teringat pula saya kepada Isa Samad iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan yang melalui kes yang sama dalam pilihanraya yang lepas. Bagi saya ini adalah satu trend dalam politik UMNO dalam menyeragamkan semula pemerintahan UMNO.

Saya mengatakan begitu kerana saya telah membaca satu blog yang mengatakan pilihanraya pada kali ini adalah untuk membersihkan orang Pak Lah dalam UMNO yang bakal diterajui oleh Pak Najib. Dalam kes ini, Pak Mahathir juga memainkan peranan dalam memberikan komen yang pedas dan menjadi mentor kepada Pak Najib dalam memerintah Malaysia. Namun sekarang Pak Najib dilanda kemelut politik yang hebat kerana isu Altantuya telah dinaikkan semula dan pelbagai isu dari Rosmah juga telah dibangkit oleh pihak tertentu. Jadi suami isteri ini juga dalam kepanasan. Sehingga ada yang mendesak Pak Lah menarik semula peralihan kuasa kepada Pak Najib bagi menyelamatkan Malaysia tercinta kerana Pak Najib tidak disukai ramai. Jika ada pergi ke laman Merdeka Center, terdapat undian terhadap Pak Lah dan Pak Najib dan undian menunjukkan Pak Lah disukai ramai.

Namun apa yang saya pelik dan tidak puas hati, bagaimana orang yang sudah ada rekod rasuah dan jenayah boleh dilantik menajdi pemimpin tertinggi UMNO, yang kita dapat lihat sekarang Muhamad Taib dan Isa Samad telah bertanding semula di dalam UMNO? Bukankah dahulu kita belajar bahawa dalam Islam untuk melantik peminpin mestilah pemimpin itu seorang yang bersih, warak dan kalau boleh mencontohi sifat Rasulullah saw. Tapi geng UMNO boleh pula melantik orang yang sudah bersalah dan peminpin yang betul, warak pula disanggah dan difitnahkan pula seperti yang berlaku kepada Pak Nizar. Pak Nizar dituduh menjadi ejen Cina walaupun sebenarnya isu tanah itu telah diputarbelitkan oleh media-media. Di bawah ini saya menunjukkan surat yang mengatakan sebuah Madrasah di Perak menerima tanah 45 ekar dari kerajaan Perak melalui Pak Nizar. Walaupun permintaan ini telah lama diminta sejak pemerintahan BN dahulu dan ini telah menjadi kenyataan setelah Nizar meluluskan 45 ekar tanah kepada sekolah tersebut. Bukan kaum Cina sahaja yang dapat namun kaum India, Melayu dan orang Asli juga telah menerima tanah dari kerajaan Perak.
Namun setelah diputarbelitkan oleh media-media, Pak Nizar telah ditunggang terbalikkan oleh puak UMNO yang kaya raya dan mempunyai duit yang banyak. Ini yang saya katakan pemimpin yang layak disanggah dan difitnah dengan teruk. Kita patut contohi Iran dimana pihak pembangkang iaitu bekas presiden Iran Mohammad Khatami telah menarik diri kerana beliau tahu Ahmadinejad seorang yang layak memerintah Iran.

Tiada ulasan: