Selasa, 1 Oktober 2013

Projek Remove Silencer

Assalam pembaca,

Memandangkan Dorado aku ni dah nak abis warranty bulan 9 ni, so aku bercadang nak bagi bunyi sikit la kat ekzos aku ni. So aku namakan Projek Remove Silencer, hehehe. Lama gak menunggu nak buat projek ni sebab memikirkan warranty BKM ni, sebab aku risau gak condition motor ni kalo apa2 yang problem boleh claim warranty.

Aku tengok kat Group MDR ni banyak rider dah buat mcm2 kat ekzos nak kasi bunyi bising ni. Ada yang guna drill pastu buat lubang pada ekzos, ada yang tebuk dan mcm2 cara. Setelah berbulan-bulan mengkaji dan mencari-cari cara nak buang silencer ni, aku dapat jumpa sorang mamat ni kat Taman Seri Manja, Jalan Klang Lama. Alamat kat Jalan Sri Manja 10, Taman Sri Manja, Petaling Jaya. Ni koordinat 3.075091,101.644257. Ni pun dapat info dari Mr Lee King Hon salah seorg rider Dorado gak. Thanks Mr Lee. Gambar bawah ni dia punya motor yang Azmi buat.






Tauke dia namanya Azmi, so kalo nak suruh dia buat kene bt appointment sbb byk motor dia buat. Azmi ni byk pengalaman 20 tahun dalam bidang motor dan ada specialist untuk motor superbike dan easy rider. Gambar ni aku tunjukkan lepas buang silencer.


So kepada sesiapa yang nak buat ni, fikir2 dulu la. Tp lps warranty abis baru bleh buat. hehehehe. Bunyi memang best sampai rasa hari2 nak tunggang motor ni. Baru garang kalo tak bunyi lengchai jer. hehehe

3 ulasan:

Tony Lai berkata...

Hi Bro, terima kasih atas catatan blog dorado yang bagus. Saya baru dapat motor ni, memang teringin nak buang silencer tapi risau warranty , nak dapat nasihat dulu. Lagi satu, macam mana power Dan performance lepas buang? Minyak macam mana?

Nadzri Nasir berkata...

Hi Bro Tony, kalo dalam warranty better jangan buat sebab nanti void warranty. U pakai black knight atau classic. Kalau classic mmg ok kalo buang silencer tp kalo black knight better jangan buang silencer sebab byk sensor pada black knight. Daripada u buang silencer better beli ekzos baru yang lagi best bunyi.

Lepas buang silencer motor ada drop performance in pick up and acceleration. So better tak yah buat la. hehe

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)