Selasa, 31 Mac 2009

Kenapa boleh terjadi? Erm, itu kita tidak tahu

Salam Pembaca,

Sepertimana yang kita tahu bahawa Pilihanraya UMNO telah lepas dan muka2 baru telah muncul untuk mentadbir UMNO. Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Najib, Datuk Muhyiddin, Datuk Zahid, Datuk Shafie, DatukHishamuddin, KJ dan Datuk Sharizat. Walaubagaimanapun, macam2 spekulasi dan cerita yang timbul gara2 pilihanraya UMNO pada kali ini. Antara kisah yang menjadi hangat adalah kisah politik wang yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin UMNO terhadap Ali Rustam, Norza, Azalina dan amaran terhadap KJ. Tindakan telah diambil terhadap pesalah yang terbukti bersalah namun bagi saya sebagai pemerhati luar adakah patut kita menyimpan perasuah2 di dalam parti bagi saya rasuah adalah satu kesalahan yang berat di mana kita patut tarik balik keahlian dan di hukum penjara beberapa tahun kerana rasuah. Ini tidak bagaimana perasuah2 dan bekas2 perasuah ini boleh dibenarkan bertanding dan boleh menang di dalam UMNO, adakah UMNO parti rasuah?



Yang saya paling pelik dan jelik, bagaimana yang telah diberi amaran atas kesalahan rasuah politik boleh berjaya memenangi pilihanraya UMNO? Di mana ISLAM yang ditegakkan oleh UMNO dalam memilih pemimpin dan bagaimana pula orang yang bersalah boleh diangkat dalam memimpin? Saya merasakan ini boleh menyebabkan era kejatuhan UMNO sedikit demi sedikit. Saya beranggapan begitu kerana pemimpin yang dilantik kebanyakannya mempunyai rekod rasuah, rekod jenayah dan isu yang tidak terjawab hingga sekarang. Ini adalah kerana isu yang dikemukan terhadap Najib tidak terjawab oleh beliau sejak dari pembelian kapal selam, sukhoi dan pembabitan beliau dalam pembunuhan altantuya. Sikap berdiam diri Najib telah menyebabkan isu ini bukan sahaja dibincangkan namun mendapat liputan antarabangsa di mana suratkhabar di Perancis dan Korea juga menceritakan tentang Altantuya.

Bagaimana pula dengan 1000 aduan politik wang yang telah dibuat oleh ahli UMNO sendiri yang tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO, namun hanya beberapa sahaja yang disiasat.

Dari The Korea Times


Bagi pilihanraya di 3 kawasan ini iaitu Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah tempat dan masa terbaik bagi kedua-dua pihak untuk menunjukkan kebenaran masing-masing. Umno telah mendapat suntikan baru di mana Najib sebagai Presiden baru UMNO akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6 pada 2 April ini dan jentera baru UMNO yang baru juga telah dikerahkan disetiap kawasan bertanding. Ketika ini banyaklah pula isu tentang perampasan masjid yang telah dihebah2kan. Isu Nizar menjadi imam pun hendak dikaitkan oleh Zambry, pelik betul puak UMNO. Sudahlah tidak mahu menjadi imam tapi bila pembangkang jadi imam ia dikaitkan pembangkang rampas masjid.

Yang terbaru pula mengenai isu polis yang menghalang ceramah mengaitkan isu tentang raja dan altantuya, ini boleh menyekat demokrasi dalam bersuara. Jika ia satu fitnah baik polis tangkap sahaja mereka yang menghebahkan isu ini dan menggunakan media2 utama di Malaysia menjelaskan tentang perkara ini. Apabila isu ini diutarakan ke Ketua Polis Negara pelbagai alasan diberi dan salah satu alasan beliau adalah Ketua Polis Perak tersilap dalam memberi arahan.

Jika kita lihat semula semua kejadian yang berlaku terdapat beberapa perkara yang saya rasakan tidak adil dan mengharapkan bakal PM kita yang baru dapat menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan bukan membunuh kebebasan dan demokrasi yang selama ini kita junjung. Namun bagi saya serang rakyat biasa tetap menyokong tindakan parti yang membela nasib rakyat dan bukan parti yang bila ada pilihanraya sahaja baru hendak bertindak memperjuangkan nasib rakyat walaupun setelah 50 tahun memerintah Malaysia.

1 ulasan:

Muhammad Rashdan Bin Ab.Razak berkata...

Hurm,, ak percaya sejak Razak Baginda dibebaskan,, n dah tak kluar public,, ak rasa dia mgkin dibyar utk tidak tampil di media,, mana dia skrg?/ main PS3,wimax,holidy? itu mnjadi satu kemusykilan bg ak,, Harakah or Keadilan spatutunya mencungkil isu ni sehabis2nya,, x kesah kalo smpai kene tarik lesen kew,, at least blog adew,, tersebar gak akhirnya,, Najib skrg ni berpura2 nk buat baik trhadap rrakyat,,konon dgn mmbebaskan 13 tahanan ISA nbg balik lesen,, ak rasa,,pmerinthan kuku besi akn bermula lg,,dipimpin oleh pemimpin dayus n pengecut.. ,, disusuli dgn kmbali mahathir di era najib,, n ape theori selpas RAHMAN? MAHATHIR piak?? nmpaknya,, Anuar trpaksa menganga..