Selasa, 31 Mac 2009

Doakan P. M Md Nor Md Sap semoga sembuh

Salam Pembaca,

Saya hendak mengumumkan berita mengenai kemalangan yang berlaku terhadap Prof Madya Dr Md Nor Md Sap kepada pelajar-pelajar UTM yang pernah belajar di dalam kelas Data Mining dan mengenali beliau. Keadaan beliau sekarang sedang koma di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Beliau telah mengalami kemalangan di dalam bas ketika hendak menuju ke rumahnya dari Sri Putri. Beliau telah terjatuh ketika berada didalam bas yang sedang bergerak dan pelanggaran di kepala beliau mengenai besi dan menyebabkan mengalami pendarahan dalaman di kepala. Walaupun pembedahan yang dilakukan untuk mengeluarkan pendarahan dalaman, tetapi pembedahan itu sedikit sebanyak menganggu saraf tunjang beliau.

Pada Sabtu 28/3/2009, saya dan kawan saya Khalid telah melawat beliau dan keadaan beliau masih lagi koma. Keluarganya meminta agar pelajar2nya bertenang dan berdoa agar Prof sihat sejahtera. Beliau masih lagi di wad rawatan yang dikawal 24 jam.

Kepada sesiapa yang hendak melawat Prof Madya Md Nor Md Sap, bolehlah melawat beliau di Hospital Sultanah Aminah, Blok Utama, Barat 2, Aras 2, Katil 64. Saya mengharapkan agar anda semua mendoakan beliau agar selamat sembuh dan sihat semula seperti biasa. Oleh itu sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

Al-Fatihah

1 ulasan:

Unknown berkata...

Berita Terkini...

PM Dr Md Nor Md Sap telah meninggal dunia pagi tadi...

Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin