Jumpa dia jer terus dia suggest nak buat pembedahan bahagian tonsil sebab lepas CT Scan dan pemeriksaan memang dia kata tonsil aku membesar smpi ganggu bahagian pernafasan dan pendengaran. Paling teruk bila tidur sebab berdengkur, smpi bini aku pun terjaga2. Hoho
Last 5/6 aku buat gak pembedahan, memang seram gak sebb first time masuk bilik bedah. Lepas dibius dan dipengsankan, bangun dan sedar jer aku terus rasa tercekik rupanya banyak gak darah bercampur air liur kat mulut aku. hoho. Ada plak nurse suruh aku telan, mana bleh sebab benda baru bedah. Sakit gak kerongkong aku ni. Bila masuk wad jer, terus aku muntah darah sebab aku ada gastrik teruk rupanya. Hoho. abis darah aku terkeluar dan bersepah atas lantai.
2 minggu gak la tak lah makan dan minum, kurus plak aku rasa macam mayat hidup plak sebab turn gak 5kg dalam masa seminggu. 2 kali masuk wad sebab badan kurang air, tak boleh nak telan apa2 wooo, perittt.
Lepas 2 minggu baru ok, boleh la nak minum n makan perlahan2 pastu bleh bercakap dengan suara yang sengau. tapi better duk hospital sebab antibodi dan ubat suma injection banding ngan makan ubat. tapi sekarang beransur-ansur pulih sebab jahitan pun makin dah terlerai dari jahitan. Alhamdulillah. Terima kasih pada isteri telah menjaga diriku ini sampai sihat dan keluarga yang telah mengambil berat dan melawat semasa dihospital. Tak lupa juga pada kawan2 office yang sanggup datang melawat. Terima kasih semuaaa.