Salam Pembaca,
Seperti yang kita tahu pada 7 Mac 2009, perarakkan untuk menentang PPSMI telah berlaku di negara kita. Salah satu tujuan penentangan ini adalah bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara kita. Dalam isu ini saya merasakan ia sesuatu usaha yang bagus patut dilakukan oleh pihak2 yang terbabit. Seperti mana yang kita tahu mengaplikasikan bahasa Inggeris ke dalam pendidikan adalah satu usaha yang bagus, namun ada buruknya jika tidak dilakukan dengan cara yang betul. Saya akan kupasakan satu persatu isu ini.
Bagi saya, perkara yang kita semua kena fikirkan adalah perlaksanaan bahasa Inggeris tidak sesuai dilakukan kerana banyak perkara yang belum diambil kira ketika perlaksanaannya. Apa yang saya maksudkan di sini, bagaimana dengan nasib budak2 kampung dan pendalaman yang kurangnya pendedahan dalam bahasa Inggeris. Bagi saya perlaksanaan dalam bahasa Inggeris bagi budak bandar mungkin tiada masalah kerana pendedahan yang meluas. Bagaimana hendak belajar bahasa lain jika asas bahasa Melayu pun tidak kukuh? Kita kena ingat kekuatan sesuatu bangsa adalah kerana bahasanya. Jika dalam sembahyang pun kita perlu diajar asasnya dahulu kemudian baru penamabahan perkara2 sunat. Jika hendak buat rumah pun kita kena kukuhkan asasnya dahulu baru kita boleh buat penambahan lain pada rumah tersebut.
Saya mengakui bahawa bahasa Inggeris memang penting kerana saya di Universiti ini pun menggunakan bahsa Inggeris lebih banyak dari bahasa Melayu kerana sekarang bahasa Inggeris bahasa ilmu. Namun adakah PPSMI ini sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah rendah?Bagi saya, PPSMI ini tidak sesuai jika diaplikasikan pada budak sekolah rendah (SRK), tetapi jika hendak dilaksanakan kepada budak sekolah menengah, IPTA dan IPTS saya rasakan itu yang sesuai. Kerana pada masa itu, asas pelajar sudah kukuh dan sudah dapat memahami dengan baik. Bagi sekolah rendah saya mencadangkan diadakan penambahan jam bagi kelas bahasa Inggeris dan bukan mengubahnya dalam bahasa Inggeris. Kerana ini menyusahkan banyak pihak terutama guru2 Matematik dan Sains.
Saya memahami betapa sukarnya guru-guru ini kerana ibu saya juga seorang guru. Beliau mengatakan bagaimana seorang guru Sains dan Matematik hendak mengajar matematik dalam bahasa Inggeris sekiranya guru yang mengajar pun lemah dalam bahasa Inggeris. Cuba anda semua fikirkan jika seorang guru itu tunggang langgang nahu bahasa Inggerisnya tetapi dipaksa mengajar. Bayangkan, tidakkah ini merosakkan bahasa Inggeris dan pemikiran murid dalam pemahaman sesuatu subjek tersebut? Tidakkah kementerian pendidikan fikirkan mengenai perkara ini? Bagaimana dengan murid berkenaan? Jika tiada sesiapa yang membetulkan murid berkenaan sehingga mati dia akan memegang prinsip dan pengetahuan yang salah. Ada yang bertanya pada saya takkanlah jika belajar bahasa Inggeris, bahasa melayu dilupakan? Bagi saya ia bukan mengenai lupa bahasa tetapi pemahaman bahasa yang lebih penting.
Dengan menggunakan PPSMI, bagi saya ia adalah satu cara untuk penghapusan bahasa Melayu kerana bagi saya dari kecil sudah ditanam sifat "double standard" dalam bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung, orang akan menggangap bahawa bahasa Melayu ini sudah tidak penting dan tidak patut dibelajar. Pada masa sekolah dulu, saya pernah juga terfikir mengenai perkara ini dan persoalansaya kenapa hendak belajar bahasa Melayu jika alam perkerjaan dan IPT menggunakan bahasa Inggeris. Apabila melalui banyak pengalaman dan melalui alam IPT barulah saya memahami betapa pentingnya bahasa Melayu untuk memperkuatkan asas dalam diri seorang Melayu.
Di negara2 maju seperti Jepun, Perancis, Jerman dan United Kingdom mereka pun mengamalkan dan menggunakan bahasa mereka sendiri. Saya tengok negara mereka pun maju juga dan kita pun menagih tekonologi dari mereka, ini kerana mereka mengamalkan bahasa mereka sejak dari persekolahan lagi. Adakah negara2 ini masyarakat mereka kolot dan tidak bertamadun kerana tidak mempelajari bahasa Inggeris? Bukan saya hendak menyuruh kita mengekor mereka tetapi menjadikan negara sebegini negara "role model" atau negara contoh yang kita patut ikut memandangkan kita ini negara membangun.
Saya tabik kepada sasterawan negara A. Samad Said dan pemimpin yang lain terutama parti politik PAS yang memperjuangkan bahasa Melayu hingga sanggup pergi demostrasi penentangan PPSMI. Bukan menikus seperti yang dilakukan oleh BN, ahli pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan ahli PR yang merasakan diri mereka Melayu dan kononya memperjuangkan ketuanan Melayu tetapi akhirnya mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di Malaysia. Jangalah kita menggadai bahasa dan bangsa kita sendiri. Saya cukup marah kepada GAPENA dan DBP yang tidak langsung bersuara lantang dalam isu ini, bagi saya GAPENA sepatutnya bertindak agresif dalam isu ini kerana GAPENA adalah satu badan yang memartabatkan bahasa melayu ke peringkat setaraf dengan bahasa Inggeris. Usaha perbanyakkan pakar bahasa sepatutnya dipertingkatkan dan fikirkan bagaimana hendak menaiktarafkan bahasa Melayu dengan menambah perkataan2 baru dalam kamus DBP supaya seiring dengan tekonologi dan zaman.
P/s: Bahasa Arab pun penting juga kerana ia bahasa Al-Quran dan pendidikan Islam teramat penting dalam membentuk sahsiah diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan