Setelah beberapa demostrasi dan beberapa aktiviti menentang PPSMI, akhirnya kajian terhadap PPSMI telah menunjukkan bahawa PPSMI ini membantutkan kecerdasan murid. Ini yang sepatutnya didedahkan kepada umum dan bukan menyorokkan isu ini daripada orang awam. Jika kerajaan telus terhadap pembangunan rakyat, perkara ini patut didedahkan di setiap media perdana dan media alternative di Malaysia. Janganlah kerana ego, kroni dan duit, kita menjatuhkan agama, bangsa dan negara.
Oleh itu saya akan meletakan artikel mengenai kajian PPSMI yang saya petik dari Malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/100432
Kajian lapan universiti awam mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) "menimbulkan kerugian berganda kepada murid" dan "tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid."Di bawah saya meletakkan keratan laporan terhadap sampel data terhadap isu PPSMI. Kajian ini dilakukan terhadap beberapa buah sekolah di Malaysia.
Kajian yang diusahakan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dan melibatkan 53 pakar bahasa itu mendapati, pelaksanaan PPSMI hanya memberikan kesan minimum – kurang daripada 4 peratus – kepada pencapaian bahasa Inggeris secara menyeluruh.
"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.
"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan.
"Ia juga harus diterokai pendekatan alternatif pengajaran bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri," laporan itu dipetik.
Laporan sepuluh halaman itu turut mendedahkan pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terlibat – bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Ini adalah pautan untuk memuat turun fail ini.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%20Report
Tiada ulasan:
Catat Ulasan