Khamis, 26 Mac 2009

Perghhhh Volvo 2.5


Salam pembaca,

Apalah nak jadi dengan media sekarang ini, saya tidak peduli lagi dengan media-media utama yang berada di Malaysia ini. Bagi saya, media-media utama di Malaysia seperti TV3, Berita Harian, Utusan Melayu, News Straits Times dan lain-lain lagi sangat berpihak kepada BN di mana jika isu kerajaan membuat perkara yang tidak sepatutnya tidak pula dikeluarkan tetapi jika Kerajaan PR buat kesalahan sedikit mesti akan dikeluarkan dan beritanya ditokok tambah.

Contohnya yang saya hendak ungkitkan adalah pembelian Volvo S80 untuk exco kerajaan negeri Sabah. Pembelian kereta ini adalah tidak sesuai langsung kerana banyak lagi kereta murah yang boleh digunakan macam Camry yang jauh lebih murah dari S80. Jika berita mengenaiKerajaan Perak dan Selangor membeli Camry, berita itu diungkitkan sehingga sebulan lamanya di media-media utama. Tetapi isu Kerajaan Sabah membeli Volvo S80 tidak pula diungkitkan oleh media-media utama, bukan sahaja diungkit tapi ditokok tambah bagi menyedapkan berita mengatakan kerajaan PR hendak menghabiskan duit rakyat. Nampak sangat pilih kasih mengenai isu ini dan hendak memperbodohkan rakyat.

Apa yang mengeramkan adalah isu kereta Volvo S80 ini sudah sebulan dikeluarkan, namun tiada akhbar yang selama sebulan bercerita tentang isu ini. Di bawah ini adalah artikel dari News Sabah Times tentang isu ini namun perkara ini tidak diambil serius dan tidak pula ia mengatakan bahawa membeli S80 ini mengakibatkan kerugian kepada kewangan negeri Sabah.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/26096

Tiada ulasan: