Rabu, 24 Februari 2010

Kenaikan harga minyak RON 95

Salam pembaca,

Setelah kita diberikan berita baik terhadap kemunculan RON 95 sebagai alternatif kepada minyak, sekarang kita dikejutkan dengan kenaikan 10 sen terhadap isu minyak RON 95. Apa cerita ni kerajaan? Yang peliknya mana pakej2 berbillion2 kerajaan Najib umumkan untuk membantu jika setiap tahun kita dengar kenaikan minyak.

Setiap rakyat bukannya kaya, setiap mereka banyak benda hendak ditanggungkan. Setiap tahun harga barang naik kemudian ditambah pula dengan harga tol dan kos hidup yang semakin meningkat. Slogan rakyat diutamakan kadang2 hanya omong2 kosong jer.

Saya telah membaca post dari Penarik Beca (klik sini) kita adakan civic resistance untuk fight back terhadap isu ini. Sila baca dibawah.

Hai Kawan - kawan,

Pada 1st Mei tahun ini, kerajaan bercadang menaikkan kadar petrol seliter kepada RM3:90. Harga petrol sebegini cukup untuk memenatkan kehidupan seharian kita semua. Kerajaan menaikkan harga petrol atas alasan Kerajaan tidak sanggup menanggung subsidi. Tapi saya hairan, ke manakah pergi nye keuntungan Petronas setiap tahun yang sejumlah RM90 Billion dan tidak termasuk cukai pendapatan lain???

Kita semua setuju dengan kenaikan petrol RM3:90 SEKIRANNYA Kerajaan setuju dengan tuntutan kita.

1. Mansuhkan semua bayaran TOL bagi semua lebuhraya.

2. Wujudkan lebih daripada 120 buah pusat perubatan yang bertaraf hospital dan menawarkan perkhimatan perubatan yang percuma (Kami tidak mampu membiayai kos perubatan di swasta) .

3. Wujudkan lebih daripada 200 institusi pengajian tinggi (Kami tidak mampu membiayai kos anak kita untuk belajar di Universiti Swasta) .

4. Diskaun 50% terhadap penggunaan elektrik dan air.

5. Mansuhkan cukai ke atas tanah, pembelian rumah dan sebagainya.

6. Tiada cukai pendapatan bagi individu yang berpendapatan kurang daripada RM7K sebulan.

Kerajaan harus sedar, kita hidup bukan senang!!!! Kita mempunyai perbelanjaan yang tersendiri seperti bayaran pinjaman perumahan, pengajian, kereta, mendidik anak - anak dan kos kehidupan seharian. Kerajaan jangan asyik memikirkan keuntungan semata - mata sehingga menyusahkan kami semua.

Sekiranya, anda setuju dengan tuntutan ini. Sila forward mail ini kepada rakan - rakan anda. Terima kasih.

Semoga kerajaan sudi meringankan beban kita semua yang akan hadapi kelak.


P/S: Nampaknya tak jadi la niat nak beli kereta kalau minyak asyik naik harga jer.

Tiada ulasan: