Salam,
Memandangkan kenduri Aqiqah Muhammad Irfan semakin dekat boleh pula orang yang menjanjikan kambing sebanyak 2 ekor tak mengotakan janji beliau. Ini menyebabkan aku n abang ipar aku terpaksa mencari pembekal kambing kat area Melaka. Nasib baik di Paya Rumput ada pembekal kambing yang digelar "Kambing Borhan". Yang kelakarnya nama atuk aku tu.
Apa yang aku nak ceritakan adalah usaha gigih seorang pengusaha Melayu yang bernama Borhan yang bermula from zero to hero. Wah memang beliau seorang yang berjaya. Aku jugak kagum tgk kandang kambing beliau yang semakin membesar dan ini menunjukkan peningkatan dalam perniagaan beliau. Orang Islam begini yang kita mahukan, beliau juga tidak kedekut ilmu dalam berkongsi ilmu untuk berniaga kambing apabila ditanya.
Beliau jugabercerita bagaimana beliau bermula hingga berjaya membuka kandang kambing sebesar ini. Dalam berborak aku yang tidak tahan bau taik kambing tu terfikir agakanya bagaimana aku ditempat beliau agaknya asyik muntah jer. hahahhahah. Akhirnya, abg ipar aku membeli 2 ekor kambing untuk kenduri aqiqah anaknya. Kepada semua pembaca yang dikenali saya menjemput ke kenduri aqiqah rumah saya pada 14 Februari selepas Asar. Anda semua dialu-alukan. Sekian....
P/s: Terfikir jugak kalau dah pencen nanti agaknya bisnes apa nak buat bagi mengisi masa. Nak jadi pengembala tapi tak tahan bau taik. ermmmm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan