Semakin ramai ahli ADUN dan Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang berada di Pulau Pinang terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah keluar, meletakkan jawatan dan menjadi ahli bebas. Apa yang sedang berlaku dalam PKR sekarang ini? Yang penting sekali, apa yang berlaku dalam PR yang semakin lama semakin cacarmerba?
Di Pulau Pinang, Datuk Zahrain iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru telah meletakkan semua jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen bebas. Alasan beliau atas perletakkan jawatan ini adalah kerana sifat ketua DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berfikiran cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis. Jika ini yang berlaku maknya Lim Guan Eng ckp tak serupa bikin yang mana ia mahu pentadbirannya seperti Khalifah Abdul Aziz.
Apa2 pun, saya melihat DSAI tak boleh kawal perkara ini kerana beliau sebagai ketua umum PR. Perkara sebegini bukan baru kerana kita memang tahu DAP dari dahulu suka membuat perubahan yang mementingkan diri beliau. Jadi tidak hairanlah perkara ini boleh berlaku sekali lagi. Jika dilihat pada temubual pada sesi Soal Jawab di TV3 bersama YB Zulkifli Nordin. Apa yang beliau katakan dan Datuk Zahrain adalah sama. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa PR di Pulau Pinang dan politik dalam PKR memang kucar kacir dimana DSAI sendiri tidak boleh mengawal anak buah beliau.
Bagi saya, saya tidak kisah jika pemimpin PR yang tidak bermula dari awal dan asalnya dari BN keluar kerana mereka memasuki PR atas alasan hendak sesuatu dan bukan semangat perjuangan. Tetapi bila kes yang melibatkan orang kuat yang berjuang dari dulu telah keluar dari PR, ini patut diambil kira kerana mereka ini yang berjuang bermati-matian kerana PR. Oleh itu DSAI sepatutnya memainkan peranan mengekalkan mereka ini membawa PR ke Putrajaya dan bukannya katak2 yang bertempiaran.
P/S: Kalau saya nak membina organisasi pun saya akan cari kawan2 yang berjuang dari awal serta tahu perit dan payah membangunkan organisasi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan