Khamis, 4 Mac 2010

Kisah yang menyeramkan

Salam,

Korang mesti pernah dengar cerita pasal rasuk merasuk la, kena santau la, pukau la, kes2 hantu la dan lain2 lagi. Yang best plak masa asrama plak ada la macam citer yang menakutkan mcm kes hantu loker, hantu nenek jual karipap la dan sewaktu dengannya.

Tapi kisah yang menakutkan yang aku nak ceritakan ialah mengenai diri aku yang perkara ni dalam diam aku tak tahu langsung dan ia berlaku secara dalam diam. Aku perasan kes ni masa seminggu lepas aku kerja kat Wisma TM Taman Desa. Setiap kali balik kerja mesti rasa penat giler dan nak tidur je. pastu cepat jer rasa seram. Kemudian lepas hari raya cina iaitu lepas kenduri aqiqah anak sedara aku. aku rasa tidak sihat semacam, kaki rasa sakit, badan sengal2.

Then aku pun directly jumpa seorang tukang urut, then mak cik tu cakap tangan dia bisa masa dia urut kaki aku. jadi dia tak urut pun kaki aku dan suruh cari orang pakar untuk halau makhluk halus dalam badan aku. Jadi aku pun jumpa seorang Ustaz yang bernama Ustaz Zaki. Dia kata ini perkara jalan2 cari makan, dia kata ada 5 ekor jin yang sedang menumpang kat dalam badan aku. Mula2 seekor pastu dia ajak lagi kawan2 dia untuk tumpang kat badan aku. Ustaz tu kata mungkin badan aku kuat untuk menampung diorg jadi aku kira jadi perumah la. Bila dengar aku rasa mcm citer dongeng tapi dah termaktub dalam rukun iman iaitu wajib mempercayai benda2 ghaib.

Selepas membaca doa, ustaz tu dah halau la. tapi yang jahat jin2 ni, sebelum blah dia bengkak kan pulak kaki aku ni. dah aku jalan terhencut2 pegi pejabat, siot tul la. dah la aku nak gi urut plak kaki kau yang sakit, habis la duit gaji aku gi urut. nasib baik adik aku pandai urut sikit2, terima kasih aca tapi aku upah gak dia RM 10. erm nak buat apa dah nasib badan. Nasihat aku kepada anda semua hati2 la dalam berjalan ke mana2. supaya jangan hidup anda diselumbungi misteri......................

P/S; tapi bila terfikir balik seram gak masa dihantui oleh jin2 tersebut.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Rm 10 pnnk berkira..apa la abg aku ni.

ai berkata...

cerita betul ke nie or cerita kedai kopi?

Unknown berkata...

btul beb, aku pun mcm tak caye jer.