Salam pembaca,
Setelah beberapa bulan bekerja di TM ni, aku dah mula nak apply mcm2 yer la skang ni apply jer lulus. Yang menjadi target pertama aku adalah credit card dan pinjaman ASB. Start jer bulan Mac ari tu, aku dah terfikir-fikir nak apply my first credit card cause CIMB tgh wat promotion CIMB Islamic Petronas Master card. Untuk mencari kenyataan yang sebenar tentang credit card aku tanyalah pendapat kawan-kawan yang memberikan bermacam pendapat di facebook dan ayah aku selaku penasihat kewangan. Tapi bila ditimbang balik pendapat, akhirnya aku apply gak credit card. Walaupun ditentang hebat oleh beberapa pihak, pada minggu lepas kad tu selamat berada ditangan aku dan aku telah menggunakannya untuk barang pertama aku iaitu seutas jam tangan Casio Beside model baru BEM-506L-1AV http://www.casio-intl.com/wat/beside/bem-506.html#506l. Pergh setelah amoi tu goda aku last2, aku tertewas dan terbeli jugak aku menggunakan kad kredit yang baru aktif beberapa hari yang lepas. huhuhu. jadi tunggu la bil untuk membayarnya bila dpt gaji.
Minggu lepas jugak, bos aku Kak Izlin dah assign dua job untuk aku buat installation kat 2 region. Satu di Melaka and satu lagi di Teluk Intan, Perak. Di Melaka tak excited sangat sebab kampung halaman but di Teluk Intan aku excited.
Apa yang tak bestnya, aku kena jadi lone ranger sbb staff lain kene gi region lain. So, pagi Selasa aku dah bertolak dari KL ke Teluk Intan keseorangan (ada ajak seseorang tapi dia tak nak ikut). Abis jer installation selama 5 jam, aku pun makan kat medan selera berdekatan dengan TM Teluk Intan. Kemudian berjalan2 di kawasan pekan Teluk Intan. Pergh bosan giler pekan ni tak de apa yang best (minta maaf la orang Teluk Intan). Aku pun tangkap gambar menara teluk intan setelah berpusing-pusing di pekan teluk intan. Jadi gambar diatas adalah gambar menara teluk intan yang popular. Lepas ni kalau ada job kat teluk intan, mmg berat la hati nak terima.
P/S: Lepas jer swipe card aku dah risau plak tgk akaun card credit sebab bapak aku perli aku dia kata dah pandai berhutang. Tapi tgk la mcm mana bil nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan