Salam pembaca,
Hari ini dah masuk hari pertama dalam bulan Ramadhan, so ni kali kedua aku berpuasa di Kuala Lumpur dan sebagai seorang pekerja. Semalam aku berjaya jugak sembahyang terawaih kat Masjid Bandar Tasik Selatan dan semasa menuju ke masjid aku tertawa terhadap diri sendiri. Yer la mana taknya, bila sembahyang terawih baru la nampak muka kat masjid kalo tak batang hidung pun tak nampak. Kadang2 rasa malu pun ada nak menjengah takut ada yang bertanya "Duk sini ke? Tak pernah nampak pun kat masjid ni". Tapi tak pe, aku teruskan gak pergi sembahyang di masjid dan On the way nak pergi masjid tu, berduyun2 org dtg nak bersembahyang terawih dan tiba2 masjid tu penuh macam org sembahyang jumaat.
On the way jalan ke masjid ni terdengar geng budak2 yang memperli sesama sendiri pasal solat ni. Salah satu ayat diorg "Poyo la, sembahyang wajib ko tak buat, tapi sembahyang terawih bukan main sibuk ko". Tapi aku rasa betul jugak ckp budak tu mana taknya, orang zaman sekarang ni pelik betul. Diorg ni lebih utamakan yang sunat dari yang wajib. Contoh dalam bab sembahyang. Sembahnyang fardhu ko tak nak buat tapi bila time puasa ko puasa then bila time sembahyang terawih sibuk jugak ko dtg. Bukanlah hendak ckp poyo tapi tak ada gunanya kalo berpuasa bagai nak rak, sembahyang tearawih tunggang terbalik tapi solat fardhu lima waktu ko tak sempurnakan dan kadang2 tu ada lobang2 lagi.
So, diharapkan bulan puasa ni kepada yang hendak berubah teruskan niat tu dan jangan jadi mcm mat jenin.Ok la, ucapan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan