Khamis, 5 Ogos 2010
Kenapa tension aku bertambah?
Salam pembaca,
Agak lama jugak aku tak update blog aku ni, maklum la skang ni agak busy berbanding dahulu, balik rumah lepak jer. tak de masalah nak update blog. Sekarang ni dengan sambung blaja n kerja kat office yang berlambak2 menyebabkan aku agak surrender gak la.
Dulu masa aku belajar, aku rasa aku nak kerja ngan swasta n tak kerja ngan kerajaan atau GLC yang sangat memboringkan. Bagi aku takde apa yang boleh buat dan mungkin kalo kerja hanya duduk rilek dan tunggu waktu nak balik kerja. Tapi bila dah bekerja dengan TM ni, aku sedar kerja ngan TM ni tak mcm persepsi aku yang dulu. Lagi mencabar fizikal dan minda aku ini. Letih jugak la sampai kadang2 aku rasa mcm nak berenti. Tapi kadang2 ok gak kerja kat TM sebab enviroment yang best kene dengan jiwa aku.
Namun hidup perlu diteruskan, walaupun aku tau banyak agenda yang menanti aku dimasa akan datang. kat TM, aku lebih kepada develop system for supporting business untuk division aku. Tapi yang meletihkan adalah segala yang dibuat tak mengikut hukum 'Software Engineering'. Maksud aku kat sini adalah melanggar etika untuk membuat sistem. jadi ia menyebabkan system developer kelam kabut. bayangkan diorg bagi masa dalam 1 bulan untuk siapkan sistem from scratch to complete. Giler ke apa?
Jadi dalam proses ni habis teruk aku kene, kene maki la, kene pressure la, dan mcm2 la tapi aku learn from the best untuk lepaskan tekanan tu. Ni kata2 dari seorang manager masa aku gi kursus iaitu "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Mula2 memang susah sebab aku ni jenis concern apa orang cakap tapi at last aku terima gak masuk dalam otak aku ni. kalo tak hari2 aku pressure. Mana taknya dengan kelas Master aku, pastu dengan kerja lagi, last aku tension gak la.
P/S: Jadi nasihat aku kat sini, kalo tension tu pandai2 la cari tempat utk lepaskan kemarahan tu. Macam aku, kat office aku ni ada tempat untuk ping pong jadi skang ni aku dah blaja sikit2 tentang ping pong. Jadi bila geram jer aku smash la bola ping pong tu. hahhahah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan