Hari ini pada tanggal 31 Ogos 2010, ia tarikh di mana kita menyambut kemerdekaan yang ke 53. tapi aku masih bengang dengan sikap orang Malaysia yang tak habis2 dengan sikap yang tidak menunjukkan kemerdekaan yang telah 53 tahun berlalu. Mana taknya semalam, waktu aku nak masuk tidur masih lagi kedengaran bunyi2 "ramp" motorsikal yang kuat dari depan rumah aku. sekali lagi yang memalukan kita ialah budak melayu. Melayu oh melayu kenapa ko layu. orang lain dah ke depan tapi ko masih ke belakang dan terus mundur dari zaman globalisasi ini.
Bila ditegur ko marah, bila dimaki ko naik angin, itulah sikap budak2 sekarang yang tidak boleh ditegur dan semakin ditegur semakin menjadi2. Apa punca perkara ini? adakah sebab pemimpin negara, mak bapak, cikgu atau diri sendiri yang tak betul? Baru pakai motor pinjam ko dah berlagak macam pakai motor besar, ramp sana, ramp sini last2 minyak abis. aku memang benci betul budak bodoh macam ni. tak de otak.
Sekarang ni kat berita terutama berita UMNGOK, makin menjadi2 isu perkauman dan agama dimainkan. Aku tak faham perkara ni, kita dah 53 tahun merdeka kenapa masih lagi korang nak mainkan isu kaum. Woit tak de otak ke? Isu agama pun jadi masalah gak, bukan ke ramai ulama' dan ustaz kat Malaysia ni apa kata korang duduk semeja berbincang dengan isu ini. Tapi tak faham sebab politik, ustaz jadi bangang, rakyat jadi bangang pastu pemimpin yang bangang duduk gelak sampai jadi bangang.
Tapi aku setuju dengan Ustaz Asri dengan artikel dia, kita sebagai umat Islam ini sepatutnya menjadi contoh kepada agama lain atau kaum lain. Jadi cara hidup kita perlu memberi kesan kepada orang lain, tak perlu sampai orang kata Islam ni jumud dan kejam. Siapa kata dalam Islam tak boleh mendoakan orang bukan Islam? Rasulullah juga pernah mendoakan agar orang kafir dalam sejahtera dan dibuka pintu hati untuk Islam. Benda ini tak salah, jangankan sebab ko nak menang pilihanraya ko songsang semua yang betul jadi salah. Tindakan khatib yang baca doa tu tak salah, cuba tgk balik doa yang dibacakan tu, doa tu sebenarnya menyeluruh untuk semua pemimpin Islam dan bukan Islam.
Orang kafir masuk masjid pun tak salah, sebab Islam ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tapi mungkin ahli parlimen serdang tu cuma perlu lebih sopan dalam pemakaian tapi tak pe dia pun mungkin kali pertama masuk surau. cuma kita sebagai umat Islam, perlu nasihat menasihati semoga yang bukan Islam ini faham apa yang tidak patut dan patut dilakukan didalam masjid atau surau. Kadang2 kita yang Islam ni pun masih ada yang tak menghormati surau dan masjid sebagai tempat ibadah.
P/S: Kita sepatutnya menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk melakukan aktiviti yang sihat dan baik untuk masyarakat. Tidak tidak perlu jumud sehingga meletakkan masjid dan surau sebagai tempat ibadah sahaja. Banyak perkara yang boleh dilakukan di masjid atau surau, aku rasa kalo nak buat senaman aerobik pun bagus untuk semua agama dan kaum. Ini secara tidak langsung mendekatkan golongan muda dan orang bukan Islam mendekati dan memahami apa itu Islam. Jangan kita mengambil tindakan bodh dan jadi bodoh sampai menggadaikan maruah agama dan bangsa. Baik tak yah jadi pemimpin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan