Rabu, 5 Mei 2010

Minggu-minggu kepenatan

Salam,

Dalam bulan April dan Mei ini adalah bulan yang agak busy bagi aku sebagai seorang staf TM. Maklumlah kalau projek dah masuk dan bos dah keluar macam2 perangai, maka terjadilah perkara yang diluar dugaan berlaku. Pergh, kadang2 mengeluh gak macam2 perangai ada. Bulan April aku telah menganjurkan satu kursus yang mengajar staf2 TM mcm mana nak menggunakan perisian Avaya IP Agent untuk dijadikan pusat pelanggan untuk aduan kerosakan dalam hartanah TM. Erm, nak kata happy tak gak sebab penat walaupun dianjurkan di TM Resort Port Dickson. Lastly, the course settle gak la. Terima kasih kepada staf2 TM tingkat 6 Wisma Taman Desa kerana memberikan sokongan dan ucapan terima kasih gak kat Abg Aery kerana tumpang kereta ke PD. Sorry tak dapat join karaoke dalam kereta sebab rasa penat sgt then tertido. hehehhehe.

Akhir bulan April dan awal bulan Mei ni sangat mencabar bagi aku yang buat kerja multitasking ini sebab disuruh membuat montage mengenai pelancaran 5S yang diadakan di Ibu Pejabat Bukit Timbalan, Johor Bahru. Pergh dengan ingatan terahadap Flash telah dilupakan sekian lama jadi aku terpaksa menggunakan aura dalaman untuk memanggil semula segala ilmu yang dicurahkan oleh En Ilish yang mengajar aku di Kolej Multimedia dulu. Siang malam tak tidur kerana masa yang diberikan sangat singkat iaitu seminggu jer. Walaupun agak marah namun hasil boleh dibanggakan. Nasib baik ok kalau tak, memang aku merajuk tak nak buat. hehhehe.

Di TM tempat kerja aku ni, aku didedahkan pelbagai bentuk kerja dan tidak bosanlah kerana tidak tertumpu pada satu kerja dan byk ilmu baru yang dipelajari. Yang terbaru adalah server yang aku kene handle so need to learn on how to configure server with Linux Red hat. Tapi aku amik ini sebagai pengalaman dan ilmu, semoga bersama2 lah kita menuju kejayaan. Bawah ni adalah kata2 semangat dalam TM. hehhehehe

One TM, Passion, Challenge

3 ulasan:

Ayla Johan berkata...

share lah montage tu =)
nak tengok.

Arfian berkata...

mane penat wei keje ngn ali selamat..??hahaha...

Unknown berkata...

nak kata penat tak penat sebab bos pandai amik hati belanja makan tapi nak buat tu yang memenatkan