Salam pembaca,
Penulisan blog pada kali ini adalah disebabkan oleh melihat akaun cimb saya yang semakin berkurangan. Oleh kerana saya telah membuat pinjaman bank untuk akaun ASB. Tapi apa yang membinggungkan saya adalah saya perlu menstrukturkan semula kesemua pelan kewangan saya kerana telah melihat pinjaman dan kad kredit. Mungkin jika ada yang membaca blog saya akan mengatakan "tu la baru kerja dah banyak hutang sana sini". Saya kadang2 tidak berapa kisah dengan kata orang asalkan saya tahu duit yang saya laburkan adalah untuk simpanan masa depan yang kita tidak tahu sejauh mana Allah akan menguji kita.
Oleh kerana saya telah diterima oleh UPM untuk menyambung pelajaran saya semula di peringkat Sarjana jadi ia menambahkan pening dikepala untuk membayar duit belajar setiap semester. Jadi satu penambahan dalam pelan saya. Penyambungan belajar ini penting bagi mengejar satu peringkat dalam pekerjaan terutama di syarikat GLC seperti TM. Ini bukan saya reka cerita tapi AGM saya yang cakap "in TM if you want to go for achieving higher level you need certification". Di Malaysia ini bukan senang hendak mencari pekerjaan yang memuaskan hati dan ia tertakluk kepada anda untuk mencari dan memilih.
Bila melihat senarai kewangan, teringat pula hutang PTPTN yang masih belum langsai yang mana bulan2 saya terpaksa membayar RM 100. Tapi bila menerima penyata tahunan dari PTPTN saya tidak berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan kepada peminjam yang mana ia mengikut sistem konvensional. PTPTN harus mengikut cara perbankan islam yang mana telah ditetapkan jumlah yang dibayar. Bukan dengan mengenakan pada setiap tahun dan ia akan bertambah dan bertambah yang mana akan membebankan peminjam. Setiap pelajar yang bekerja telah ada tanggungjawab masing2 bukan semuanya kaya.
Akhir kata, kepada pembaca yang sudah bekerja fikirkan apa yang terbaik untuk anda bermula dari jangka masa pendek ke jangka masa panjang. Jangan leka berjoli sehingga habis duit gaji anda, lihat berapa banyak kerajaan telah sediakan berbillion-billion duit untuk perlaburan terutama untuk kaum Melayu.
P/S: Ini belum masuk pelan2 yang lain seperti kereta, beli rumah, kahwin dan bla, bla, bla
Tiada ulasan:
Catat Ulasan