Selasa, 28 Julai 2009

Kematian Teoh Beng Hock

Salam pembaca,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah atas kematian Teoh Beng Hock kepada keluarga mendiang. Kematian setiausaha politik ini telah mengemparkan Malaysia kerana cara kematian mendiang sangat diragui oleh pihak pembangkang dan orang ramai. Mayat mendiang ditemui di bumbung bangunan SPRM Selangor dan dipercayai mayatnya telah jatuh dari tingkat 14 dari bangunan tersebut. Ini kerana mendiang dipercayai hadir ke bangunan SPRM untuk memberi keterangan terhadap isu rasuah yang dikenakan ke atas beliau. Ia berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan kepada ADUN di Selangor.

Melalui pembacaan saya, pelbagai tanggapan dan andaian yang telah dibuat terhadap kes ini kerana cara kematian yang pelik. Antara faktor pelik yang timbul adalah:

1. Baju dan seluar mendiang telah terkoyak. Ini sangat pelik kerana mayat jika jatuh dari bangunan tinggi pun takkan terkoyak macam pakaian yang dipukul orang.
2. Mayat mendiang masih memegang pemegang cermin bangunan ketika dijumpai. Ada mengatakan beliau membunuh diri dan ada yang mengatakan beliau dipukul dan di campakkan ke luar bangunan. Namun ia masih belum dapat dipastikan.
3. Kedudukan semasa jatuh dari bangunan juga amat pelik kerana ia mengiring ke sebelah kanan.
4. Timbul juga tanda tanya mengapa soal siasat terhadap Teoh dilakukan hingga ke 3.45 pagi.

Namun, sekarang rakyat Malaysia masih menunggu keputusan siasatan dari pihak polis dan pihak kerajaan telah menubuhkan inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Tiada ulasan: