Salam pembaca,
Sekarang sudah seminggu rasanya pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran di IPTA telah mendaftarkan diri. Tahniah kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya ke menara gading terutama sekali kepada adik aku Sabrina yang telah berjaya memasuki UIA. Tahniah juga kepada pelajar2 yang telah memasuki UTM terutama kepada pelajar FSKSM.
Setelah seminggu pendaftaran pelajar baru, rasa gatal campur miang juga hendak berjalan untuk "mengusha"pelajar-pelajar yang "freshie" atau "junior". Setelah berjalan kaki di CICT kemudiannya ke Mak Jah Cafe dan kemudiannya ke FSKSM. Apa yang di lihat adalah ramainya pelajar perempuan melebihi kaum lelaki di IPTA. Kadang2 terasa bagus betul ramai pelajar perempuan yang boleh di"usha" untuk dijadikan bakal bini (angan2 kosong), namun jauh di sudut hati rasa terkilan kerana kurangnya pelajar lelaki di IPTA.
Isu kurangnya pelajar lelaki di IPTA bukan perkara baru, malah ia pernah dibincangkan oleh beberapa forum untuk membincangkan perkara ini. Namun aku juga ada beberapa kesimpulan kenapa perkara ini boleh berlaku. Antara sebab2 perkara ini berlaku:
1) Ramai lelaki mudah terpengaruh dengan wang dan keseronokan apabila mereka terjebak dengan dunia pekerjaan.
2) Kebanyakan mereka yang mempunyai teman wanita ingin berkahwin dan untuk mengumpul duit mereka terpaksa bekerja.
3) Ada sesetengah lelaki juga membuat tindakan yang bodoh. Antaranya pergi ke pusat serenti, merempit, melakukan jenayah dan dll.
4) Ada diantara mereka juga terpaksa memikul tanggungjawab keluarga.
Namun apa jua alasan, aku sebagai orang lelaki amat terkilan dengan fenomena ini. Jika ramai lelaki pun, bukan dari bangsa sendiri tetapi dari bangsa lain. Kita boleh lihat dengan berlakunya penukaran sistem meritokrasi lebih ramai pelajar dari bangsa bukan Melayu telah berjaya memasuki Universiti. Bagaimana pula dengan bangsa Melayu yang semakin pupus di IPTA. Sekarang pemilihan pelajar memasuki IPTA semakin sukar, macam UTM mereka telah mengurangkan pelajar2 ijazah sarjana muda demi untuk mengejar status "Research University" dan ini menjadikan kemasukan pelajar pada tahun 2009 telah dikurangkan. Berita ini amat membebankan kepada pelajar di Matrikulasi dan Diploma dan menjadikan mereka terpaksa bersaing untuk merebut tempat di IPTA.
Dengan ini aku menyeru kepada pemuda2 Malaysia, bangkitlah wahai pemuda2 terutama yang berbangsa Melayu, majulah kamu ke hadapan. Jangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh dan tidak penting kerana ia boleh merubah sesebuah negara. Kerana negara di masa akan datang memerlukan pemuda2 yang berkaliber dan bijak dalam membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan