Salam pembaca,
Kali ini saya amat bengang dengan keputusan kerajaan mengenai kelulusan judi dan konsert yang mana semakin menjadi-jadi. Seperti mana yang kita tahu, judi dan konsert yang melalaikan adalah haram dan tidak bagus dalam pembangunan insaniah di Malaysia terutama kepada umat Islam. Ini sepatutnya diambil serius oleh Majlis agama Islam, Majlis Fatwa, Majlis Ulamak dan mufti2 dalam menghalang isu ini dari berlanjutan. Saya sangat tak faham apa tugas mereka ini dan bagaimana tanggungjawab dalam menentukan hala tuju agama Islam di Malaysia ini.
Di bahagian kerajaan pula, mereka harus tahu bahawa BN itu hanya sebuah parti yang boleh jatuh bila2 masa sahaja dan jangan ingat rakyat bodoh dan tidak tahu apa2. Kerana setiap yang berlaku mesti ada hikmah dan kesannya. Bagaimana Najib dan sekutunya boleh meluluskan lesen judi bola sepak yang sememangnya diketahui haram disisi Islam? Jawapan yang diberikan adalah untuk menghapuskan judi yang dijalankan secara haram sempena Piala Dunia yang diadakan di Afrika Selatan. Adakah logik jawapan tersebut? Ia akan menjadi sangat logik jika yang meluluskan lesen judi ini bukan orang Islam atau pemimpin negara bukan Islam. Saya menjadi hairan apabila Najib dan sekutunya menjadikan kerajaan Malaysia ini macam mak bapak diorg punya kerajaan kerana meluluskan lesen judi bola sepak tanpa perlu dapat persetujuan di Parlimen.
Bagaimana nak berkat kerajaan Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembentukan insaniah yang berkualiti jika hasil keuntungan judi dan arak disalurkan kepada pembangunan ekonomi, sosio-ekonomi dan kebajikan masyarakat. Anda boleh cari di YouTube tentang hasil keuntungan judi dan arak disalurkan ke mana dalam Malaysia ini yang dijelaska oleh Menteri sendiri.
P/S: Insaflah wahai pemimpin yang beragama Islam
1 ulasan:
bro, kitorang kat uk buat ngo baru.
Pertubuhan Mahasiswa UK-Eire Melempang Agen Judi (PELEMPANG). slogan kitorang Lempang tetap Lempang.
Memang bengan bro. kau tgk video kat malaysiakini yg pasal perhimpunan bantah judi tuh? aku kalau jadi mamat tu pun aku pukul polis.
Catat Ulasan