Rabu, 29 April 2009

Pemimpin menjual agama

Salam pembaca,

Untuk "posting" pada kali ini, saya hendak membangkitkan cerita mengenai tindakan parlimen dalam menentukan persoalan mengenai penukaran agama. Isu yang telah dibangkitkan adalah apabila tindakan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Keputusan ini ditentukan oleh kabinet secara majoriti.

Yang menjadi persoalan dalam fikiran saya, apakah fungsi Majlis Fatwa dan ulamak2 di Malaysia dalam menangani isu agama di Malaysia? Adakah ulamak2 di Malaysia hanyalah sekadar boneka yang digunakan untuk kepentingan politik semasa pilihanraya? Adakah menteri2 kabinet kita ini alim ulamak yang tidak belajar mendalam mengenai ilmu agama boleh menimbang tara keputusan mengenai agama?

Kes ini terjadi apabila hendak menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40. Apa yang merumitkan kes ini adalah persoalan mengenai tiga orang anaknya iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan menggunakan bukti sijil kelahiran.

Antara yang mengadili keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

P/s: Setahu saya jika ada orang yang hendak memasuki agama Islam maka hendaklah disegerakan dahulu dan tak salah anak2nya sekali nak masuk Islam. Cuma mungkin perkara ini hendaklah dirujuk kepada orang yang lebih arif mengenai agama. Itu yang lebih penting dan untuk agama lain saya tidak pasti tetapi saya yakin mesti ada orang alim yang boleh menjawab.

Tiada ulasan: