Sabtu, 7 Februari 2009

Tahniah BN

Salam,

Tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Zambry kerana telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru yang menggantikan YB Datuk Nizar. Walaupun lantikan ini dilantik oleh Sultan Perak namun di sisi undang-undang ia masih lagi tidak sah. Ini kerana menurut Karpal Singh, perlucutan jawatan boleh terjadi jika:

"Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang"
Namun bagi saya perlantikan Menteri Besar yang baru ini timbul pelbagai kemusykilan dan saya pelik kenapa Sultan Perak mengambil tindakan yang begitu singkat melantik Menteri Besar yang baru. Bukankah mesti ada persidangan dengan org2 dalam istana? Adakah raja pun kena sogok mcm yang telah terjadi pada dua ADUN behrang dan Changkat jering? Adakah Sultan Perak cetek pemikiran dalam membuat keputusan? Kalau keputusan nya betul masakan ornag Perak berdemostrasi? Banyak persoalan yang timbul jika difikirkan balik. Sultan kena ingat keturunan beliau yang dilantik ini pun adalah kerana kuasa rakyat. Apa pun biar rakyat yang tentukan.

Terdapat pelbagai spekulasi yang timbul daripada kedua-dua pihak sama ada PR mahupun BN. Ada yang mengatakan ini adalah salah satu strategi yang dibuat oleh PR untuk mendapatkan kerusi di Parlimen. Ada pula yang mengatakan kejayaan BN di Perak hanya untuk menutup malu Datuk Seri Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri setelah mengalami 2 kekalahan bagi kerusi Parlimen. Kalau betul ada kebenaran Najib menggunakan wang dalam perbuatan lompat parti ini, maknanya ia telah membunuh demokrasi di negara ini. Namun kejayaan di Perak akan memberikan motivasi untuk menakluk negeri Pakatan Rakyat. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja agenda pemimpin2 kita sekarang.

Bagi saya sebagai seorang rakyat, saya hanya memerlukan pemimpin yang memimpin dengan bijaksana dan memahami penderitaan rakyat. Yang paling penting adalah akhlak dan akidah yang dibawa oleh pemimpin. Bukan pemimpin yang makan rasuah dan tidak memahami rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setakat hari ini, di dapati semua puak baik dari Bn atau PR atau pihak istana tiada berita atau formula untuk menyelesaikan krisis ini. BN sudah tentu menggunakan kuasa Sultan untuk mereka mentadbir, PR pula dengan kuasa rakyat walaupun mereka mendapat 54% undi rakyat perak. Jadi,nampaknya kuasa terakhir ialah samada kuasa Mahkamah yang akan menentukan perletakan jawatan 3 DUN itu sah seperti yang di nyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan satu kuasa lagi ialah perwakilan Persidangan DUN Perak sendiri dimana mereka boleh membuat undi tak percaya terhadap MB Perak yang di pilih oleh rakyat iaitu Dato Seri Nizar.