Selasa, 24 Februari 2009

SYABAS Selangor dan airnya

Salam pembaca,

Rasanya sudah lama tidak menerbitkan artikel pada blog ini, disebabkan oleh penilaian terhadap pembentangan tajuk cadangan bagi kursus Sarjana saya. Isu kali ini saya hendak mendedahkan isu mengenai air di Selangor. Saya tidak berapa pasti tentang isu ini kerana saya bukan orang Selangor dan bukan menetap di Selangor. Saya telah melayari laman blog daripada seorang blogger iaitu "chegubard". Silalah melayari laman blog melalui alamat blog dibawah ini.

http://chegubard.blogspot.com/2008/09/surat-pembaca-mendedahkan-isu-air.html

Selepas saya membaca, saya pelik kenapa ia boleh berlaku sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah bermanfaat untuk rakyat dengan memberikan 20 meter padu air percuma. Apakah salah perkara ini? Adakah salah pemilikan baru yang hendak dibuat oleh kerajaan negeri terhadap SYABAS dan Puncak Niaga?

Bagi saya biarlah kerajaan negeri yang mengambil alih perkara air ini kerana mereka yang hendak memberikan 20 meter padu percuma kepada rakyat. Dengan harga barang yang naik, kos hidup yang naik dan macam2 yang dah naik, secara tidak langsung ia dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup. Jika kalau saya, sudah tentu bersyukur. Ramai yang mengatakan kerajaan Selangor akan rugi atau bankrup jika membuat perkara ini, bagi saya ia tidak salah kerana duit yang datang adalah dari rakyat sendiri (cukai tanga, cukai pintu) bukan dari duit menteri-menteri. Jadi kita kena faham bahawa kerajaan negeri hanya menguruskan sahaja. Jadi tidak salah jika kerajaan negeri Selangor untuk mendapat air percuma.

Isu pengambilalihan ini sangat sensitif, ini kerana jika SYABAS dan Puncak Niaga diambil alih oleh kerajaan maka tarif air di Selangor akan naik sehingga 37% maka bertambah parahlah orang Selangor. Jadi fikirlah wahai orang2 Selangor?

P/s: Namun salah satu cadangan saya kepada kerajaan negeri Selangor supaya mengubah semula tarif air itu kepada yang memerlukan iaitu dengan memberi 20 meterpadu kepada pengguna yang menggunakan air dibawah paras 20 meter padu dan kepada yang lebih menggunakannya harus membayar secara penuh. Ini secara tidak langsung membantu penduduk miskin yang kurang mampu dan menstabilkan ekonomi Selangor.

Khamis, 12 Februari 2009

Najib, Atlantuya dan BN

Salam

Pelbagai kisah mengenai politik yang timbul di negara kita ini, dari isu lompat parti hingga ke gosip2 yang berlaku kepada YB2 di Malaysia ini. Sekarang timbul isu seorang ADUN PKR di Kedah yang telah meletak jawatan kerana ia telah di ugut oleh pihak BN tentang perangainya yang ada menyimpan perempuan simpanan. Perletakan jawatannya telah diluluskan oleh pihak istana Kedah dan dalam masa 60 hari lagi pilihanraya akan diadakan bagi ADUN Bukit Segantang dan Bukit Selambau. Maka kita akan saksikan perlawanan antara calon dari Pakatan Rakyat dan calon dari BN bertanding. Bagi saya pilihanraya kecil ini akan menunjukkan sama ada rakyat di Malaysia ini masih menyokong BN atau tidak setelah beberapa peristiwa yang memalukan bagi PR dan BN. Jika PR menang maka, rakyat menunjukkan protes terhadap Datuk Seri Najib (DSN) sebagai PM Malaysia dan protes terhadap isu di Kedah. Jika BN menang, ini menunjukkan rakyat menerima Najib dan tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk mentadbir Malaysia.

Selepas berjayanya pentadbiran BN di Perak, pelbagai masalah yang timbul terhadap PR di mana ADUN2 yang dilantik mempunyai masalah terhadap etika kerja seperti yang telah terjadi kepada ADUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang yang mengamalkan rasuah dan tidak setia. Manakala ADUN Bukit Selambau terjebak dengan isu perempuan simpanan namun saya hormat dengan tindakan beliau dimana beliau tidak lompat parti tetapi sebaliknya letak jawatan. Itu yang kita mahukan dimana beliau tidak termakan pujukan dan rayuan. Apa yang perlu dibetulkan dalam PR adalah memilih calon yang berkualiti untuk 2 pilihanraya di Kedah seperti yang dilakukan oleh PAS dalam memilih calon, kerana setelah beberapa kes yang melibatkan ADUN PKR dan DAP yang bermasalah dan mengkhianati parti.

Cara peralihan kuasa di Perak juga menunjukkan bahawa DSN adalah seorang pemimpin yang menghalalkan apa cara untuk menang. Cara yang sama digunakan oleh Tun Mahathir untuk menang dan berkuasa. Sekarang kita boleh lihat cara Najib yang telah mengharamkan dan merampas 20,000 naskah Harakah daily dan Suara keadilan daripada dijual secara terang-terangan. Semasa zaman pemerintahan Pak Lah perkara ini tidak berlaku kerana Pak Lah mengamalkan cara demokrasi yang terbuka walaupun tidak terbuka sangat. Beliau tidak kacau cara parti lain berkempen. Namun DSN lain, beliau sanggup menggugut dan merasuah ADUN2 bagi memenangi kerusi. Beliau sanggup menerima ADUN yang pengkhianat, korup dengan rasuah wang dan seks ke UMNO dan BN. Ini menunjukkan bahawa UMNO dan BN sanggup menerima pemimpin bermasalah tapi asalkan menang.

Rujukan Malaysiakini.com:
http://www.malaysiakini.com/news/98039

Saya pelik kerana isu Perak ini dibangkitkan sedangkan kita boleh lihat beberapa pembaharuan yang telah dilakukan oleh pihak PR dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah di Perak. Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh BN semasa memerintah dahulu. Adakah kerajaan PR di Perak dahulu membuat api perkauman sedangkan berjaya menyelesaikan isu tanah orang Cina dan orang asli di Perak. Bukankah UMNO dan BN yang bermain dengan isu ini? Siapa yang mengungkit isu pentadbiran Perak yang mengatakan pentadbiran di Perak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu? Bukankah UMNO, BN dan medianya TV3, Berita Hairan dan Utusan Meloya?

Rujukan Malaysiakini.com:
http://www.malaysiakini.com/news/98049

Jadi kepada pembaca, fikirlah sebelum membuat keputusan. Saya bukan hendak menyokong sesiapa tetapi saya menyokong parti yang membuat Islam dahulu. Bagi saya jika Islam diatas maka betullah susr galurnya.

P/s:
Ucapan takziah saya kepada ADUN Bukit Segantang dari PAS, Roslan Shaharumyang meninggal dunia kerana diserang sakit jantung. Semoga Allah merahmati beliau. Al Fatihah.

Sabtu, 7 Februari 2009

Tahniah BN

Salam,

Tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Zambry kerana telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru yang menggantikan YB Datuk Nizar. Walaupun lantikan ini dilantik oleh Sultan Perak namun di sisi undang-undang ia masih lagi tidak sah. Ini kerana menurut Karpal Singh, perlucutan jawatan boleh terjadi jika:

"Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang"
Namun bagi saya perlantikan Menteri Besar yang baru ini timbul pelbagai kemusykilan dan saya pelik kenapa Sultan Perak mengambil tindakan yang begitu singkat melantik Menteri Besar yang baru. Bukankah mesti ada persidangan dengan org2 dalam istana? Adakah raja pun kena sogok mcm yang telah terjadi pada dua ADUN behrang dan Changkat jering? Adakah Sultan Perak cetek pemikiran dalam membuat keputusan? Kalau keputusan nya betul masakan ornag Perak berdemostrasi? Banyak persoalan yang timbul jika difikirkan balik. Sultan kena ingat keturunan beliau yang dilantik ini pun adalah kerana kuasa rakyat. Apa pun biar rakyat yang tentukan.

Terdapat pelbagai spekulasi yang timbul daripada kedua-dua pihak sama ada PR mahupun BN. Ada yang mengatakan ini adalah salah satu strategi yang dibuat oleh PR untuk mendapatkan kerusi di Parlimen. Ada pula yang mengatakan kejayaan BN di Perak hanya untuk menutup malu Datuk Seri Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri setelah mengalami 2 kekalahan bagi kerusi Parlimen. Kalau betul ada kebenaran Najib menggunakan wang dalam perbuatan lompat parti ini, maknanya ia telah membunuh demokrasi di negara ini. Namun kejayaan di Perak akan memberikan motivasi untuk menakluk negeri Pakatan Rakyat. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja agenda pemimpin2 kita sekarang.

Bagi saya sebagai seorang rakyat, saya hanya memerlukan pemimpin yang memimpin dengan bijaksana dan memahami penderitaan rakyat. Yang paling penting adalah akhlak dan akidah yang dibawa oleh pemimpin. Bukan pemimpin yang makan rasuah dan tidak memahami rakyat.

Khamis, 5 Februari 2009

Lompat si katak lompat

Salam pembaca,

Tajuk "posting" saya pada kali ini menyentuh hal politik yang sedang berlaku di Perak. Kita telah lihat seramai empat orang ADUN Perak yang telah melompat parti iaitu Datuk Nasarudin Halim (Adun Bota) yang telah menukar parti dari BN ke PKR ke BN semula dalam masa 10 hari, ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang menghadapi rasuah wang dan seks dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang saya tidak tahu mengapa beliau keluar.

Apa yang menghairankan saya adalah bagaimana perkara ini boleh berlaku kepada kerajaan negeri Perak? Bagi saya idea melompat parti ini adalah idea dari Datuk Seri Anwar (DSAI) tapi tidak sangka ia boleh jadi seteruk ini, sehingga boleh hampir membubarkan parti dan ini sekarang berada di tangan Sultan Perak untuk menentukan sama ada membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat atau tidak.

Membaca blog Raja Petra, beliau menganggap ini adalah permainan Datuk Seri Najib kerana ada laporan mengatakan beliau telah menyogok dua ADUN dari Behrang dan Changkat Jering sebanyak RM 10 juta seorang dan bebas dari tuduhan rasuah yang dihadapi oleh dua ADUN ini dengan syarat supaya memasuki UMNO. Kalau benar perkara ini, bukankah ini satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah satu permainan yang kotor? Tapi bagi saya apa nak dihairankan jika ini semua disebabkan duit. Bagi ADUN Bota pula, dalam masa beberapa hari memasuki PKR beliau telah menukar semula statusnya ke UMNO semula. Adakah ini satu perkara yang pelik? Dengan alasan:

  • Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;
  • Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan
  • Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak
Bagi saya alasan ini adalah tidak betul kerana sebelum anda memasuki PR adakah anda tidak memikir dahulu bagaimana situasi politik yang melanda dan akibat memasuki PR? Bukankah anda seorang ADUN dan ahli politik, cetek betul pemikiran ahli politik Malaysia yang dengan sekelip mata boleh lompat melompat tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku? Adakah dengan mendengar nasihat kawan-kawan cukup untuk menukar parti tanpa perlu membuat kajian? Adakah ADUN Bota ini pun sebahagian daripada taktik Najib dalam merampas semula Perak setelah kalah 2 pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu? Cuba pembaca fikirkan semula, kalau anda memasuki sesuatu kelab atau persatuan mesti anda ada inisiatif membantu kelab itu berjaya bukan menambahkan beban kepada kelab tersebut. Ini boleh dikata sebagai menghabiskan beras jer.

Apa yang saya geram apabila saya melihat Buletin Utama di TV3 semalam, saya melihat 2 ADUN dari Changkat Jering dan Behrang ini boleh tersenyum dibelakang Najib ini. Dari situ anda boleh melihat bagai ada muslihat yang berlaku. Tapi apa yang saya boleh katakan inilah politik Malaysia selagi prinsip Machiavelli ini diamalkan iaitu menghalalkan apa cara saja.

Selasa, 3 Februari 2009

Pandai betul putar belit


Salam pembaca,

Semalam saya telah menonton berita di TV3 mengenai isu kes tadika yang ditutup. Setelah mendengar berita ini, yang peliknya perkara ini hanya berlaku di 4 buah negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Tetapi tidak mengapalah kerana 4 buah negeri ini adalah negeri Pakatan Rakyat. Apabila melihat isu ini, saya merasa pelik kerana betulkah pemimpin di 4 buah negeri ini menutup tadika dan tabika yang selama ini digunakan sebagai tempat untuk pendidikan rakyat. Kalau betul ini adalah satu tindakan yang tidak betul dan harus dikemukan sebab saya pun dulu belajar di tadika juga.

Oleh itu saya telah mencari artikel-artikel dari akhbar2 yang menyatakan pendirian kerajaan negeri dan yang telah membuat laporan terhadap isu tadika ini. kemudian anda adili tentang isu ini. Di bawah adalah keratan artikel dari suratkhabar

Utusan Malaysia, 06/01/2009

Kerajaan Perak diminta nyatakan pendirian

IPOH 5 Jan. - Kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini diminta memberikan penjelasan berhubung tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di negeri ini dikosongkan mulai hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kerajaan negeri perlu menyatakan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Takkan semua JKKK dan pegawai daerah di seluruh negeri bertindak sendiri. Biasanya selepas dapat arahan baru bertindak dan sekarang apabila sudah bertindak, Menteri Besar kata ini bukan arahan saya tetapi arahan pegawai daerah.

''Jadi, kita hendak dengar apa sebenarnya keputusan kerajaan negeri. Kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain," katanya selepas melawat tabika Kemas di Kampung Seri Ampang A di sini hari ini.

Tindakan kerajaan negeri Perak itu bakal menjejaskan pembelajaran prasekolah kira-kira 11,000 kanak-kanak yang sedang belajar di 700 tabika Kemas di seluruh negeri ini.

Menurut Muhammad, kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.

Katanya, sama seperti sekolah, hospital dan balai polis, tabika Kemas juga dibina untuk semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka anak kepada ahli DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Betullah dewan ini di bawah kerajaan negeri tetapi fikirlah tentang kepentingan anak-anak ini. Kalau tutup juga terpaksa kita buka tabika di premis lain tetapi ini akan menyusahkan ibu bapa dan anak-anak.

''Apa yang berlaku ini seolah-olah tabika Kemas sahaja nak kacau dan ambil tindakan sedangkan tanah yang orang teroka beribu ekar itu nampak tidak diambil tindakan," ujarnya.

Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau melahirkan rasa terkejutnya selepas melihat sendiri surat mengosongkan dewan yang dikeluarkan oleh JKKK Kampung Seri Ampang A.

''Pagi tadi, dia (orang JKKK) datang buka balik kunci pintu dan kata nak berdamai tetapi kita ada tengok surat buat keputusan hendak tutup tabika Kemas.

''Saya fikir ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab kepada anak-anak kecil, apalah salah mereka hendak disuruh keluar," katanya.

Kata Muhammad, sekiranya kerajaan negeri sememangnya tidak membenarkan dewan orang ramai digunakan oleh tabika Kemas, pihaknya akan mencari premis lain di kawasan berhampiran bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak ini tidak terjejas.

Beliau memberitahu, pihaknya juga sedang memantau perkembangan tabika Kemas di Selangor dan Kedah.

''Di Selangor, mereka hendak pegang kunci pendua manakala Kedah membenarkan dewan digunakan untuk tabika Kemas," katanya.

Harakah Daily, 11 Mac 2008

ALOR STAR, 11 Mac (Hrkh) -
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menggesa akhbar Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Kedah yang menyiarkan berita palsu kononnya kerajaan mengarahkan pengajian di Tadika Kemas ditutup. Katanya, jika Berita Harian gagal berbuat demikian, beliau akan bersama rakyat Kedah akan memboikot akhbar itu termasuk semua terbitan The New Straits Time.

"Tidak mustahil ini boleh berlaku, BN pun rakyat Kedah dah tolak dan semestinya rakyat lebih bersedia untuk menolak media yang menyiarkan berita palsu," tegasnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata demikian, dalam ceramah perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah di Kompleks PAS Kedah yang dihadiri puluhan ribu rakyat negeri ini.

Bermula dari jam 4.00 petang lagi, rakyat mula memasuki kawasan Kompleks PAS Kedah dan selepas jam 7.00 malam, jalan utama Alor Star-Sungai Petani berdekatan Kota Sarang Semut sesak teruk.

Jika sebelum ini pihak polis sekadar datang untuk menyaman kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di sepanjang Kompleks, namun pada malam ini, polis hadir untuk mengawal bagi melicinkan lalulintas.

Segenap ruang kompleks ini dipenuhi rakyat yang ingin melihat sendiri dan meraikan kemengan PAs dan KeADILan di Kedah.

Kelmarin, rakyat juga tidak berganjak dari hadapan pintu pagar utama Wisma Darulaman ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah dilangsungkan di Dewan Seri Negeri.

Sehinggalah, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak keluar dan memberikan ucapan seterusnya meminta rakyat meninggalkan tempat tersebut, barulah rakyat mula meninggalkan kawasan berkenaan.
Harakah Daily, Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik, 6 Jan 2009

Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak.
Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat

MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."

Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.

Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?

Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.

Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.

Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.

Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.

Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.

Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!

Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.

Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.

Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.

Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.

Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.

Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.

Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.

Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.

Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.

Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.

Setelah membaca kedua-dua artikel ini, saya merasakan perkara ini telah dibuat-buat oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Bagi saya perkara ini tak sepatutnya berlaku kerana ini adalah pendidikan anak2 kecil. Usahlah pemimpin sekarang mencampuradukkan perkara ini ke dalam pendidikan anak2. Jika hendak sabotaj pemimpin kerajaan negeri pun guna lah isu lain yang tidak melibatkan pendidikan. Apalah nak jadi dengan pemimpin sekarang.